Friday, December 9, 2011

Maksud Bacaan Dalam Solat

Bismillahirrahmanirrahim.....
Dikalangan kita ada orang-orang yang telah berpuluh tahun menunaikan solat tetapi sehingga hari ini masih belum mengerti maksud setiap bacaan dalam solat itu sendiri. Hal ini terjadi kerana kita kurang mengambil berat tentang makna bacaan tersebut. Padahal dengan memahami bacaan dalam solat, ia dapat membantu kita untuk lebih khusyuk menunaikan solat.
Buat mereka yang ingin memahami bacaan dalam solat, teruskan membaca tafsiran di bawah:

Takbiratul-Ihram / Takbir
Allah Maha Besar.
Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.
Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.
Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.
Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.
Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.
Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.
Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.
Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabatsahabatnya. Salam Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah.
Rahsia Solat:
  1. Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
  2. Berdiri Betul : Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
  3. Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
  4. Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
  5. Ruqu’ : Sebagai tikar kita di dalam kubur.
  6. I’tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.
  7. Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
  8. Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur
  9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.
  10. Tahhiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
  11. Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
  12. Salam : Memelihara kita di dalam kubur.
  13. Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

Tuesday, October 25, 2011

Kenangan Semalam

     Kehidupan di atas dunia ini memang penuh dengan kejutan. Banyak perkara yang tidak diduga berlaku dengan sekelip mata sahaja. Sekelip mata menjelma dan kemudiannya sekelip mata sahaja menghilang, seperti pertemuan, perkenalan, dan akhirnya perpisahan. Namun, semua itu adalah lumrah bagi setiap makhluk yang bergelar insan. Semua yang berlaku akan tersemat di kalbu dan menjadi “kenangan semalam” yang sukar untuk dilupakan. Biarpun penuh dengan pancaroba, namun hidup perlu diteruskan dalam mengejar cita-cita dan impian. Oleh sebab itulah bijak pandai selalu mengatakan “pengalaman mendewasakan seseorang”. Onak dan duri yang ditempuhi itulah yang mengajar seseorang akan erti kehidupan yang sebenarnya. Begitulah perjalanan hidup seseorang insan di atas muka bumi, dunia yang fana ini yang penuh dengan pelbagai dugaan dan kejutan, seterusnya menjadi kenangan untuk diingati selagi hayat dikandung badan.



Thursday, July 14, 2011

KITA DITAKDIRKAN JATUH CINTA....buat insan tersayang

Ku tak tahu mengapa 
Tiba-tiba sahaja 
Di dalam hati ini sering rindu padamu 
Ingin kumeluahkan, tak berdaya 

Ku tahu engkau jua 
Sangat sayang padaku 
Kaupun sering merindu 
Bila tidak bertemu ternyata kau dan aku 
Punya rasa... 

Kau dan aku sudah ditakdirkan bertemu 
Dan tiba-tiba kita jatuh cinta 
Ini semua sudah suratan ilahi 
Dan kita harus tabah hadapi kenyataan 

Biar... apapun terjadi 
Aku... harap engkau tabah... 
Menerimaku sebagai teman barumu 
Semoga kita saling sayang, bahagia... 

Usahlah engkau pergi 
Semadi di hatiku 
Masih menyayangimu, oh sayangku... 
Bila sehari tak jumpa, aku rindu...

Tuesday, July 12, 2011

dari seseorang yg istimewa...

p/s : sekadar copy paste..minta izin dari yg empunya


setiap malam tidurnya diganggu
setiap malam dia bilang haiiiiii rindu
setiap malam dia bilang sayang sama kamu
setiap malam juga dia bilang tidak sabar dengan kamu


beratnya perpisahn selama ini dan jumpa hanya berapa hari,
sakit dan pedih untuk dijalani tapi semuanya hanya untuk kamu


wahai kekasihku,
wahai pujaan hatiku,
setiap nada di jantungku hanya bernaung nama kamu,
setiap kitaran hidupku restu dari kamu,
setiap hembusan nafasku disoroti dengan doa tulus kamu kepada yang maha ESA untukku,


sunggu aku bertuah punyai kamu,
menjadi kekasihku sampai bila-bila,
benar cinta ku sudah di rampas orang tapi tidak sedalam cintaku kepada kamu,


penantian untuk melangkah cabaran memang sukar untuk ku jalani,
tetapi dengan adanya nama mu di hatiku menjadi aku kuat menjalaninya,
meskipun cabaran itu mengubah segala nasib hidupku,tetapi tidak mengubah zahirnya diriku untuk kamu,
ranjau yang jauh bakal di tuju tetapi aku tidak sendiri!!!!!
peganggan ku ada sentiasa di sisi kamu..


emak dan bapaku,
yang tercinta,yang kusayangi,yang kurindui,yang kuigini,
sungguh aku ingin untuk memeluk kamu sekarang supaya aku tahu hati dan kasih sayang hanya untuk kamu,
setiap saat,detik juga ketika di mana aku tahu nafas terakhir ku hanya berjuang demi kamu..


I LOVE U SO MUCH MAK N BAPAK..

Friday, April 8, 2011

2 WEEKS B4 FINAL....


malam ni aq nak knal kan kat sumer member@kawan baik aq kat UiTM Puncak Alam ni...amacam,hensem x mamat korea  ni?hahaha....nma betol dia Mohd Aminnurrashid bin Haris,tp sumer panggil dia Mino je,sesetengah pggil dia Amin..klu nak add Fb,taip je Mino Haris..hehe....pepun,dia ni la yg plg bnyk membantu aq sepanjang pengajian aq kat sini..rasanya x terbalas kot jasa dia kat aq,sbb bnyk sgt yg dia dah wat kat aq..sbb 2 dia ni jd member baik aq..dia ni sebenarnya berasal dari pahang,negeri darul makmur..haha..anak jati pahang,mak org utara,ayah org pntai timur...baguih punya combination..kui5x!!!......tp sayangnya dia ni dah berpunya,sapa yg berjaya memenangi hati beliau?ha,2 yg kita nak tau....jeng3x!!!tgk kat bwh.............

hah...amacam,cun x awekz ni?dia ni lah yg telah berjaya menawan hati member baik aq ni...oraNgnya ayu gitu..baik lak 2..memang complete package la org kata,jd idaman mentua..huhu......nama dia Nur Sumayyah..wow!!!patut la lawa kan?nma dah cam srikandi Islam dahulu..dia ni nak habaq mai dari negeri penyu,eh,silap...negeri ada penyu,Terengganu Darul Iman..xksah la sumer 2,tp dia ni mmg baik,bnyk gak la tlg Si Amin ngan aq ni...mmg caring abis la kat member aq 2...ngeeee..................