Tuesday, October 25, 2011

Kenangan Semalam

     Kehidupan di atas dunia ini memang penuh dengan kejutan. Banyak perkara yang tidak diduga berlaku dengan sekelip mata sahaja. Sekelip mata menjelma dan kemudiannya sekelip mata sahaja menghilang, seperti pertemuan, perkenalan, dan akhirnya perpisahan. Namun, semua itu adalah lumrah bagi setiap makhluk yang bergelar insan. Semua yang berlaku akan tersemat di kalbu dan menjadi “kenangan semalam” yang sukar untuk dilupakan. Biarpun penuh dengan pancaroba, namun hidup perlu diteruskan dalam mengejar cita-cita dan impian. Oleh sebab itulah bijak pandai selalu mengatakan “pengalaman mendewasakan seseorang”. Onak dan duri yang ditempuhi itulah yang mengajar seseorang akan erti kehidupan yang sebenarnya. Begitulah perjalanan hidup seseorang insan di atas muka bumi, dunia yang fana ini yang penuh dengan pelbagai dugaan dan kejutan, seterusnya menjadi kenangan untuk diingati selagi hayat dikandung badan.



No comments:

Post a Comment